Skip to main content

Bola Sepak

Ten Hag berang dengan Marcus Rashford, Anthony Martial

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ten-hag.jpg
Pemain Manchest United 'menghantar mesej' kepada Erik Ten Hag menerusi bahasa badan dan isyarat kurang hormat terhadapnya dalam kekalahan terhadap Newcastle, awal pagi tadi. 

United tewas 0-1 di tempat lawan kepada Newcastle dengan Anthony Gordon yang berada dalam prestasi terbaik menjaringkan gol dalam separuh masa kedua untuk membenam Red Devils di St. James' Park.

Tumpuan terarah kepada dua pemain iaitu Marcus Rashford dan Anthony Martial selepas mereka mengharungi malam yang agak mencabar melalui bahasa badan tidak bersungguh-sungguh malah kualiti permainan mereka mengundang kecaman. 

Situasi ini dapat dilihat apabila penyerang Perancis itu menjerit dan memberi isyarat kepada pengurusnya ketika permainan berlangsung, lantas Ten Hag kelihatan tidak senang dengan gerak geri anak buahnya itu. 

"Secara peribadi saya fikir malam ini ada tanda-tanda bahawa terdapat beberapa pemain di sana, sama ada tidak berpuas hati dengan taktik yang diberikan kepada mereka atau tidak berpuas hati dengan kedudukan mereka di atas padang," menurut TNT Sports.

Advertisement

Must Watch Video