MAN UTD 3 BOURNEMOUTH 0
Erik ten Hag hilang sabar apabila amengakui Manchester United tidak cukup bagus untuk beraksi di tahap tinggi secara tekal selepas Bournemouth mencipta sejarah dengan kemenangan sulung 3-0 Liga Perdana Inggeris (EPL) ke atas mereka di Old Trafford, awal pagi tadi.
Ia merupakan musim kedua yang mencabar buat pengurus Belanda itu yang anak buahnya tumbang dengan cara memalukan -- hanya tiga hari selepas menewaskan Chelsea dengan bergaya.
Watak utama perlawanan, Dominic Solanke, meletakkan Bournemouth di hadapan selepas lima minit pertembungan itu dengan tandukan Philip Billing dan Marcos Senesi memastikan kemenangan 3-0 dan United mungkin dibelasah lebih teruk lagi.
Barisan kendalian Andoni Iraola yang semakin meningkat itu merekodkan kemenangan pertama Bournemouth di Old Trafford, di mana tuan rumah diejek kerana kecundang dengan cara yang memalukan.
“Sudah tentu, marah dan kecewa, pastinya,” kata pengurus United itu.
“Saya menjangkakan sesuatu yang berbeza.
“Saya harap sebelum perlawanan anda boleh membina prestasi dan rentak daripada pertemuan dengan Chelsea, jadi ia sangat mengecewakan.
“Konsistensi sudah tentu menjadi persoalannya tetapi saya fikir kami perlu sentiasa bersedia untuk perlawanan sebegini jadi saya perlu bertanggungjawab.
“Saya perlu mempersiapkan pasukan saya supaya mereka bersedia untuk menghadapi pertandingan jadi dari sudut pandangan saya, saya sangat kecewa dengan cara kami bermula.
"Jadi saya perlu melakukan perkara yang lebih baik.”