Skip to main content

Bola Sepak

Teka-teki terjawab, Luqman Hakim sah kembali ke Malaysia selepas enam tahun di luar negara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

luqman-hakim-shamsuddin.jpg
Penyerang Harimau Malaya yang berkelana di luar negara, Luqman Hakim Shamsudin, sah akan kembali mewarnai liga tempatan apabila dilaporkan akan mewakili kelab Liga Super, Negeri Sembilan, musim baru ini.

Penjaring terbanyak Kejohanan AFC B-16 pada 2018 itu berada di luar negara sejak menyertai kelab liga divisyen utama Belgium, KV Kortrijk, pada 2019.

Pemain berusia 23 tahun kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu kemudian dipinjamkan ke kelab Iceland, Njardvik, pada 2023 sebelum ke kelab J3 Jepun, Yokohama SCC tahun lalu.

Kehadirannya diharap dapat membantu Negeri Sembilan memperbaiki prestasi dalam Liga Super selepas menamatkan musim lalu di tempat kedua tercorot dengan 16 mata daripada 24 perlawanan.
 

Advertisement

Must Watch Video