Skip to main content

Bola Sepak

Teka-teki gadis misteri di SNBJ akhirnya terjawab!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

generasi-percet-10-snbj.jpg
Mungkin ramai tertanya-tanya siapa gadis-gadis misteri yang memeriahkan suasana sewaktu skuad negara menewaskan Laos 5-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam tadi.

Dalam aksi pusingan kelayakan Piala Asia itu, Harimau Malaya bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengekalkan rekod kemenangan bersih setakat empat perlawanan Kumpulan F ketika ini.

Menariknya, ada sekelompok peminat wanita yang menjadi sorotan lensa kamera setiap kali skuad negara menjaringkan gol, sekali gus menimbulkan persoalan peminat bola sepak tanah air mengenai siapakah identiti mereka?

Buat anda yang belum tahu, gadis-gadis berkenaan merupakan barisan pelakon siri drama TV terbaru terbitan Astro Shaw dan antara yang memeriahkan SNBJ malam tadi ialah Arena Wan (Ezie) dan Dhabita Auji (Sora).

Generasi: Perfect 10 sudah mula ke udara sejak 19 September lalu. Anda boleh tonton siri terbaru ini di Astro One atau aplikasi sooka.

Football

Bersedia Untuk Aksi Seterusnya

Lengkapkan diri dengan kasut bola yang beri kawalan, kelajuan & keyakinan di padang.


Gear Up Sekarang

Advertisement

Must Watch Video