Skip to main content

Bola Sepak

Tekanan diberikan penggempur Harimau Malaya ini bantu kemenangan kelab Colombia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

holgado.jpg
Penyerang Harimau Malaya, Rodrigo Holgado, berhasil membantu kelabnya, America de Cali, menewaskan Deportivo Pasto 2-0 dalam saingan Categoria Primera A Clausura di Estadio Departamental Libertad semalam.

Holgado terus diberikan kepercayaan untuk membarisi kesebelasan pemula selaku penggempur utama dan kelihatan sentiasa memberikan tekanan buat pertahanan tuan rumah.

Bahkan, tekanan yang diberikannya itu memaksa pemain Pasto, Nicola Uribe, terjaring gol ke gawang sendiri sebelum waktu rehat separuh masa.

Rafael Carrascal kemudian menyudahkan sepakan penalti dalam separuh masa kedua untuk memastikan kemenangan America.

Selepas melewati lapan perlawanan liga tanpa kemenangan, America kini meraih dua kemenangan berturut-turut dengan Holgado beraksi sebagai kesebelasan utama dalam kedua-dua perlawanan itu.

Pernah menduduki tangga tercorot Clausura, America kini melonjak ke tangga ke-13 daripada 20 pasukan dengan 13 mata daripada 12 perlawanan.

Sebagai rekod, mereka merupakan juara Apertura musim ini tetapi kelihatan sukar untuk mengulanginya dalam Clausura.

Holgado pula menjaringkan tujuh gol dalam Apertura tetapi masih belum menemui jaring dalam saingan Clausura.

Harimau Malaya Jersey

Menang Dengan Semangat

Jadikan semangat juang inspirasi untuk game anda sendiri.


? Gear Sukan

Advertisement

Must Watch Video