Pasukan Team Media FC (TMFC), akur tewas dalam satu aksi pershabatan menentang Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) 6-5 di padang HUKM di Cheras, Jumaat lalu selepas jaringan penalti yang diambil Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar, menjadi pemisah kemenangan Pilihan KLFA keatas TMFC.
Perlawanan yang semestinya bertujuan mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak nyata mencapai objektif.
Pilihan KLFA rata-rata terdiri daripada barisan Exco KLFA, kakitangan KLFA dan DBKL, yang gembira menyambut kehadiran pasukan TMFC yang dibarisi pengamal media sukan tanahair.
Untuk rekod, ini merupakan perlawanan kedua buat TMFC berdepan pengurusan kelab atau Persatuan Bolasepak Negeri selepas sebelum ini beraksi menentang pasukan PakMus Fc yang terdiri daripada kakitangan pasukan Negeri Sembilan.