Ketua pasukan Terengganu FC (TFC), Kipre Tchetche, berjanji pasukannya akan menampilkan aksi terbaik bertemu PJ Rangers dalam perlawanan Piala FA di Stadium MBPJ, Sabtu ini.
Walaupun mengakui tidak mengetahui kekuatan kelab Liga FAM itu, Tchetche menyifatkan apa yang lebih penting ialah TFC melakukan persiapan terbaik tanpa mengira reputasi pasukan lawan.
“Piala FA juga sasaran kelab musim ini. Jadi, kami mahu melangkah lebih jauh selain mencari kemenangan untuk suntikan semangat buat aksi seterusnya.
“Tiada istilah memandang rendah keupayaan lawan kerana bola sepak ialah 11 lawan 11,” kata penggempur kelahiran Ivory Coast itu.
Tchetche, 30, dijangka akan terus mengetuai jentera serangan TFC dengan hanya empat pemain import dibenarkan beraksi dalam Piala FA.
Dengan ledakan empat gol dalam empat perlawanan Liga Super setakat ini, penyerang yang digelar ‘Drogba Terengganu’ itu turut menuntut rakan sepasukannya mengekalkan momentum kemenangan.
“Tiada persiapan khusus, sebaliknya kami harus turun dengan semangat lebih tinggi untuk menang,” tambahnya.