Tchetche Kipre dalam rundingan sertai sebuah lagi kelab Liga-M

Shaiful Shamsudin
Disember 22, 2023 15:07 MYT
Tchetche Kipre belum bersedia untuk meninggalkan Liga Malaysia (Liga-M) dan hampir pasti menyertai sebuah lagi pasukan Liga Super untuk saingan musim depan.
Jika ia menjadi kenyataan, maka ia akan menjadi musim kelapan penggempur kelahiran Ivory Coast di sini sejak menyertai Terengganu FC pada 2017.
Dengan tidak menyambung kontraknya bersama Kuala Lumpur City, Kipre mengakui faktor keluarganya yang sudah selesa tinggal di negara membuka hatinya untuk terus beraksi pada usia 37 tahun.
Kipre dilaporkan sedang dalam rundingan untuk bergabung semula dengan bekas ketua jurulatihnya dalam Liga-M sebelum ini.

Guys, korang rasa ke mana hala tuju Tchétché Kipré ? Kalau nak tau, nantikan di ……⁦@ASTROARENA#StadiumAstrohttps://t.co/fvH6kzWx9t pic.twitter.com/sm1bUqcuIf

— karlnunis (@_karlnunis) December 22, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#liga super #Kuala Lumpur City #Spekulasi Perpindahan Liga Malaysia
;