Skip to main content

Bola Sepak

Tawaran Liverpool datang pada waktu yang salah -- Martin Zubimendi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ubi.jpg
Pemain baru Arsenal, Martin Zubimendi, mendedahkan perpindahannya ke Liverpool dalam jendela perpindahan 2024 gagal kerana "ianya bukan pada waktu yang sesuai".

Pemain tengah itu menyertai Arsenal pada musim panas kali ini dengan yuran perpindahan €60 juta atau (RM305 juta) dari Real Sociedad.

Zubimendi yang merupakan arkitek tengah pasukannya telah beraksi dalam 180 perlawanan dalam saingan LaLiga, dengan Liverpool mahukan khidmatnya menjelang kempen 2024/25 namun dia memutusukan untuk terus kekal di Sociedad untuk satu musim lagi.


 


"Ia bukan waktu yang mudah untuk saya kerana saya mahu kekal di sini, tetapi apabila tawaran tiba, anda mula memikirkan pilihan anda.

"Soalan pertama yang perlu saya jawab ialah sama ada saya mahu meninggalkan Real, dan ia bukan waktu yang sesuai. Saya rasa Real menawarkan lebih banyak peluang kepada saya dan masih banyak yang perlu saya pelajari.

"Jadi kekal di Real adalah keputusan terbaik untuk saya." katanya.

Advertisement

Must Watch Video