Skip to main content

Bola Sepak

Tawar gaji empat kali ganda, JDT sudah ikat pemain Sporting?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

jdt.jpg
Juara 11 kali berturut-turut Liga Super iaitu Johor Darul Ta'zim (JDT) dikhabarkan sudah menandatangani pemain Sporting Gijon iaitu Nacho Mendez sehingga 2028.

Pemain kelahiran Sepanyol berusia 27 tahun itu beraksi buat kelab divisyen dua LaLiga dengan dia merupakan watak penting pasukan selepas membuat 40 penampilan dan sudah mencetak empat gol.

Mengikut sebuah laporan daripada media Sepanyol berkongsikan bahawa Nacho telah menoktahkan status perpindahannya ke JDT dengan kontrak tiga tahun selain ditawarkan kenaikan gaji empat kali ganda.

 



"Nacho Mendez memuktamadkan perpindahannya ke Johor Bahru di Malaysia pagi ini, dia menandatangani kontrak tiga tahun sementara menunggu kelulusan rasmi.

"JDT mahu menandatanganinya bagi menggantikan Natxo Insa yang akan meninggalkan pasukan itu." katanya.

Kehadiran arkitek tengah itu semestinya bakal menjadi watak penting buat JDT musim depan dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) dan kempen mereka di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2025/26 nanti.

Setakat ini hanya Ibrahim Manusi dan Jairo Da Silva yang sudah diumumkan sebagai pemain baru kelab itu. Malah, terdapat khabar angin juga mengaitkan JDT sedang berusaha mendapatkan pemain B-19 SD Eibar iaitu Ardaitz Villorejo.

Advertisement

Must Watch Video