Skip to main content

Bola Sepak

Tarikh penting buat Manchester United sebelum bertemu bintang ASEAN di SNBJ!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

zirkzee.jpg
Manchester United bakal kembali ke Malaysia buat pertama kali dalam tempoh 16 tahun untuk bertemu Barisan Bintang ASEAN di Stadium Nasional Bukit Jalil 28 Mei ini.

Bekas juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bakal hadir ke dua negara Asia, termasuk Hong Kong, sebahagian daripada jelajah pascamusim mereka.
 

Sebelum mereka tiba di Malaysia, ini antara perlawanan serta tarikh penting The Reds Devils.

Ketika ini, United yang menghuni tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL), memiliki 11 perlawanan dalam dengan Arsenal, Manchester City dan Chelsea antara penghalang terbesar mereka!

Mereka yang masih lagi dalam saingan Piala FA, yang menjanjikan tiket beraksi di Liga Europa, aksi final Piala FA dijadualkan berlangsung 17 Mei.  

Sekiranya mereka ingin memburu slot beraksi di Liga Juara-Juara (UCL) musim hadapan, tanggal 22 Mei, tujuh hari sebelum kunjungan ke SNBJ menjadi penentu mereka beraksi di pentas tertinggi saingan kelab Eropah musim hadapan!

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Must Watch Video