BOLA SEPAK

Tanpa kerja keras, tidak akan capai cita-cita -- Jurulatih Selangor

Saufi Tahir 11/12/2024 | 01:41 MYT
Ketua Jurulatih Selangor, Katsuhito Kinoshi, menegaskan kepada pemain The Red Giants agar sentiasa bekerja keras sekiranya ingin melakar keputusan positif serta kejayaan buat pasukan.
Dia menjelaskan perkara itu dalam sidang media pascaperlawanan yang menyaksikan pengendali berusia 60 tahun itu meraih kemenangan pertama dalam saingan Liga Super 2024/25 selepas membenam Negeri Sembilan 4-0 di Paroi, kelmarin.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Skuad Gergai Merah bakal menerima kunjungan Kelantan United dalam aksi Piala Cabaran 2024/25 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), esok.
"Saya berpuas hati dengan latihan kami, dan juga keputusan, cara kami bermain dan semuanya. Kami hilang beberapa pemain utama untuk tugasan antarabangsa, tetapi kami perlu tetap beraksi. Jadi saya mahu melihats eseorang yang akan menjadi pemain utama yang baru.
"Saya maklumkan kepada mereka tanpa kerja keras, kita tidak akan dapat mencapai cita-cita. Jadi kami perlu lakukan itu dan kekalkannya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ini adalah kemenangan pertama saya dalam Liga Super 2024/25 tetapi untuk Selangor ia hanyalah satu algi kemenangan. Jadi, kami perlu kekalkan itu hingga ke penghujungnya." katanya.
#bola sepak #Selangor #MFL #Piala Cabaran #Katsuhito Kinoshi
;