Skip to main content

Advertisement

Bola Sepak

Tanpa Kane, Spurs dalam kesedihan -- Mourinho

spurs.jpg
Jose Mourinho mendakwa pasukan Tottenham menunjukkan 'kesedihan' ketika tewas 1-0 kepada Brighton and Hove Albion semalam.

Spurs mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas jaringan Leandro Trossard menjadi pemisah di Stadium AMEX.

Ia merupakan kemenangan pertama Brighton di laman sendiri musim ini -- kemenangan pertama sejak Jun -- sementara Tottenham twas empat daripada lapan perlawanan liga.

Tonggak Spurs, Harry Kane, tidak beraksi ekoran mengalami kecederaan ketika bertemu Liverpool, dan Spurs menang tiga daripada 13 perlawanan EPL tanpa menurunkan kapten England itu 

Aksi longlai menyaksikan Tottenham sekadar melakukan satu percubaan dan bekas pengendali Chelsea dan Manchester United itu perlu menerima pasukannya bermula dengan kekurangan intensiti.

"Saya bersetuju dengan perkara itu," kata Mourinho kepada Sky Sports. "Kami tidak bermula baik dan pasukan agak bersedih, perasaan saya mengenai pasukan agak sedih.

"Dibolosi awal membawa lebih banyak kesedihan dan melenyapkan keyakinan asukan, pasukan ini sedang menderita. Separuh masa kedua agak berbeza. Perubahan telah dilakukan dan pasukan telah cuba yang terbaik.

"Saya melihat pasukan telah berusaha sebaik mungkin. Kekalahan atau sesuatu yang tidak bagus, tetapi perkara positif yang boleh diambil adalah mereka tetap berjuang."

Jose Mourinho mendakwa pasukan Tottenham menunjukkan 'kesedihan' ketika tewas 1-0 kepada Brighton and Hove Albion semalam.

Dalam ketiadaan Kane, Son Heung-min diturunkan sebagai penyerang dengan Gareth Bale diberikan tempat dalam kesebelasan utama, tetapi gandingan itu gagal menemui ramuan bagi menghadirkan impak.

"Kami telah uba dengna pasukan dan memberikan Sonny dinamik yang sama yang sesuai dengannya," jelas Mourinho.

"Tiada pengganti buat Harry tetapi kami cuba dengan Bale untuk berhubung dengan Son, dan ia tidak berjaya, tetapi saya bukan bercakap mengenai Bale, saya bercakap mengenai pasukan.

"Vinicius adalah pemain yang berbeza, kami telah cuba mendapatkan sesuatu yang berbeza. Dia menghadirkan tenaga dalam pasukan, masalah baru kepada lawan. Pasukan bertambah baik."

Advertisement

Must Watch Video