SEPANYOL 2 COLOMBIA 2
Alvaro Morata menyumbat gol penyamaan pada lewat permainan untuk membantu Sepanyol mengelak kekalahan kepada Colombia dalam aksi persahabatan yang berakhir dengan keputusan 2-2 di Murcia, awal pagi tadi.
Pelawat tampak akan memenangi perlawanan selepas gol Edwin Cardona dan Radamel Falcao meletakkan Colombia di depan di sebalik Sepanyol menikmati penguasaan sebanyak 71 peratus permainan dan mendahului menerusi David Silva, namun tandukan Morata berjaya mengikat kedudukan permainan.
Gol penggempur Real Madrid itu juga menyelamatkan rekod bersih Julen Lopetegui sejak mengambil alih jawatan itu daripada Vicente del Bosque , tahun lalu, biarpun ia merupakan kali pertama Sepanyol dibolosi dua gol di laman sendiri sejak membenam Ivory Coast, 3-2, pada 2006.
Dalam pada itu, gol tandukan Falcao pada awal babak kedua melayakkannya untuk muncul penjaring terbanyak Colombia -- 26 gol dalam 65 penampilan.
Kali terakhir pemain berusia 31 tahun itu meledak gol buat negaranya adalah dua tahun lalu ke atas Costa Rica untuk mengatasi rekod Arnoldo Iguaran.