Thomas Frank berseloroh bahawa Brentford "sekali lagi telah mencipta sejarah" selepas perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat sendiri menentang Tottenham, tengah malam tadi, terpaksa ditangguhkan kerana isu tandas di dalam stadium.
Kelewatan selama enam minit berlaku terhadap sepak mula itu berikutan masalah bekalan air di Stadium Komuniti Brentford.
Ini bermakna tandas tidak boleh digunakan dan sementara masalah itu kekal hingga rehat, Frank kembali bingung dengan alasan di sebalik penangguhan berkenaan dan The Bees pernah terpalit dengan bunyian dron yang sedang terbang hingga mengundang perlawanan bertemu Wolves ditangguhkan pada awal 2022.
Frank berkata: “Saya sebenarnya tidak tahu (jika ada yang sudah mandi), tetapi ia adalah alasan paling gila yang pernah saya dengar untuk menangguhkan perlawanan EPL.
“Saya tahu kami biasanya menjadi tajuk utama untuk banyak perkara yang baik. Mungkin ia bukanlah perkara yang paling teruk untuk dijadikan tajuk utama tetapi ya agak gila.
“Ia mengingatkan saya sedikit tentang permainan dron dua ketika menentang Wolves, tahun lalu, Mungkin ini juga kali pertama dalam EPL? Sekali lagi, kami mencipta sejarah. Kali pertama kerana aduan bunyi dengung dan kali kedua tiada air.”

We are still experiencing water supply issues which are affecting the toilets and catering units across all stands.
— Brentford FC (@BrentfordFC) August 13, 2023
Some catering products will not be available as a result.
We apologise for any inconvenience caused#BRETOT | #BrentfordFC