Penyerang England dan Roma, Tammy Abraham, sedang menjalani pemulihan di hospital London selepas selesai pembedahan untuk membaiki kecederaan lutut -- anterior cruciate ligament (ACL).
Bekas penyerang Chelsea berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan dalam perlawanan terakhir Roma musim ini, hujung lalu apabila kemenangan 2-1 menentang Spezia di tempat sendiri memastikan mereka menamatkan saingan Serie A di tangga keenam.
Satu kenyataan Roma berbunyi: “Tammy Abraham menjalani pembedahan membaiki ACL di lutut kirinya malam tadi.
“Pembedahan ini dilakukan oleh Dr Andy Williams di Hospital Cromwell London, dengan kehadiran Ketua Perubatan AS Roma, Massimo Manara, dan ia telah berjaya sepenuhnya.
“Pemain itu akan kekal di klinik London selama beberapa hari sebelum memulakan program pemulihan yang disediakan oleh kakitangan perubatan kelab. Semoga cepat sembuh, Tammy!”

? Medical Update: Tammy Abraham
— AS Roma English (@ASRomaEN) June 7, 2023
The striker underwent surgery on his left knee today, to reconstruct the anterior cruciate ligament.
Read more ⬇️ https://t.co/bOozKvdBwd
Back stronger, Tammy! ?❤️#ASRoma pic.twitter.com/6Xq6QkqkR9