SABAH 1 SELANGOR UNITED 0
Sabah memulakan pusingan kedua saingan Liga Perdana dengan langkah kanan apabila membenam Selangor United 1-0 di Stadium Likas, malam ini.
Kemenangan itu juga menyaksikan Sabah memintas UiTM FC di kedudukan kedua selepas pasukan itu tewas 0-1 kepada Terengganu FC II (TFC II), semalam.
Skuad kendalian Jelius Ating itu tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan gol apabila Rodoljub Paunovic menyepak masuk tandukan Alto Linus pada minit keenam bagi menjadikan kedudukan 1-0.
Empat minit kemudian, pasukan tuan rumah hampir memperoleh gol kedua, namun tandukan Park Taesu hasil sepakan sudut Mohd Azzizan Nordin terkena tiang.
Pada minit ke-13, giliran Luis Carlos Junior memiliki peluang, bagaimanapun percubaannya hasil hantaran Alto dihalang penjaga gol Selangor United, Muhamad Nuraizat Abdul Aziz.
Pasukan pelawat hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-27 menerusi sepakan percuma Mohd Fauzan Dzulkifli, namun percubaan terusnya itu diselamatkan penjaga Sabah, Rozaimie Rohim.
Skuad kendalian Talib Sulaiman itu kemudian sekali lagi mencemaskan pintu gol Sabah pada minit ke-34 menerusi percubaan Nikita Olegovich Pavlenko, bagaimanapun sepakannya itu sekadar menggegarkan tiang walaupun Rozaimie sudahpun tertewas.
Pada minit ke-41, ketua pasukan Sabah, Rawilson Batuil, memiliki peluang untuk menambah jaringan buat pasukannya, namun tandukannya tinggi melepasi palang dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bermula babak kedua, Selangor United dilihat lebih garang di awal permainan, namun masih gagal menembusi benteng pertahanan Sabah yang dikemudi Rawilson dan Taesu.
Pada minit ke-56 percubaan Paunovic dari dalam kotak penalti diselamatkan penjaga gol dan selang beberapa minit selepas itu, Selangor United pula memiliki peluang tetapi rembatan Nikita terus ke dakapan Rozaimie.
Pasukan pelawat hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-75 menerusi tandukan Raslam Khan Abd Rashid, namun ia sekadar singgah di palang gol Sabah.
Dalam masa kecederaan, Azzizan pula hampir menambah jaringan buat Sabah tetapi percubaan lambungnya sempat ditepis penjaga gol lawan dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga pengadil meniupkan wisel penamat.