Skip to main content

Bola Sepak

Tambadau jalani ujian swab

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tambadau-test.jpg
Sebagai persediaan untuk kembali ke padang latihan, pemain dan pegawai pasukan Sabah mula melakukan ujian swab bermula hari ini. 

Pengurus, Henry Soimpon, berkata pemain menjalani ujian itu di pusat saringan di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu. 

"Kesemua pemain wajib melakukan ujian ini bagi membolehkan mereka kembali berlatih bersama pasukan, begitu juga dengan pegawai pasukan. 

"Hampir semua telah menjalani ujian swab pagi tadi dan sebelah petang manakala pemain dan pegawai yang tidak sempat menjalani ujian itu hari ini akan melakukannya pada Isnin depan," katanya.

Baru-baru ini, kesemua pasukan Liga Malaysia (Liga-M) dibenarkan kembali berlatih bermula Isnin depan, namun perlu mematuhi empat perkara dalam prosedur operasi standard (SOP) seperti yang ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Antara prosedur yang ditetapkan termasuk menjalani ujian swab dan keputusannya hendaklah diserahkan kepada MFL selepas disahkan oleh doktor pasukan.

Setiap pasukan juga perlu melantik seorang pegawai penyelaras untuk memantau pematuhan SOP di peringkat pasukan.

Selain itu, pasukan wajib menamakan pusat latihan di tempat tertutup dan venue latihan itu wajib didaftarkan melalui pautan notification.miti.gov.my (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

Sementara itu, Henry berkata pasukannya akan kembali menjalani latihan di padang dalam masa terdekat ini. 

"Selepas semuanya selesai, termasuk ujian swab dan SOP lain, semua pemain akan kembali menjalani latihan di padang. 

"Pihak pasukan juga akan pastikan SOP dipatuhi demi keselamatan dan kesihatan pemain," katanya lagi. 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video