Skip to main content

Bola Sepak

Taktikal baru Sabah hadapi Felda United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sabah-training_1.jpg
Selepas gagal mengutip mata penuh dalam aksi pembukaan bertemu PDRM di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur minggu lalu, ketua jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto, dijangka akan melakukan beberapa perubahan corak permainan dan kesebelasan utama pasukannya.

Dalam aksi berkenaan, skuad Tambadau itu dilihat sukar memecahkan kebuntuan untuk menghasilkan gol walaupun menguasai hampir keseluruhan permainan. 

Kurniawan berkata perubahan itu akan dilaksanakan dalam aksi kedua Liga Super bertemu Felda United di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabtu ini.

"Ada beberapa pertukaran kerana kami perlu memikirkan kepentingan pasukan dan perubahan itu juga berdasarkan persembahan dalam aksi pertama sebelum ini. 

"Kami juga akan membuat perubahan daripada segi taktikal kerana mahu lebih agresif dalam melakukan serangan. 

"Walaupun sebelum ini kami sudah melakukan persiapan, aksi pertama memang sukar bagi mana-mana pasukan, saya juga tidak mahu terlalu memberi tekanan kepada pemain dan saya juga sudah berbicara dengan mereka," katanya. 

Kurniawan turut berharap pemain yang akan diberikan peluang dapat memberikan persembahan terbaik.

"Saya tahu kemampuan dan kualiti pemain. Mereka boleh melakukan lebih daripada aksi sebelum ini. 

"Jadi, kami sudah sepakat untuk beraksi berhabis-habisan bagi mengutip tiga mata dan saya juga berharap bahagian serangan akan lebih tajam serta memaksimakan peluang di depan gol. Itu yang penting," katanya lagi. 

Sementara itu, legenda Indonesia itu juga berharap penyokong setia Tambadau dapat turun beramai-ramai dan membanjiri Stadium Likas bagi menyuntik semangat pemain. 

"Saya menyedari doa dan sokongan dari penyokong sangat membantu, jadi kami perlu terus bersama-sama berjuang membantu pasukan Sabah.

"Kehadiran penyokong pasti memberikan tenaga kedua buat pemain," tambahnya. 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video