Tak padan kecil dah pandai kung-fu ala Eric Cantona
Shaiful Shamsudin
Jun 11, 2024 13:32 MYT
Jun 11, 2024 13:32 MYT
Entah apalah kejadian ini hingga pemain bola sepak cilik ini hilang pertimbangan apabila cuba menggunakan hikmat tendangan kung-fu ala Eric Cantona.
Pembentukan emosi juga merupakan sebahagian daripada ciri-ciri atlet yang memerlukan mereka untuk belajar menerima kemenangan dan kekalahan.
Bak kata atlet muda muay thai negara, Muhamad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo, berikutan mengalami kekalahan pertama dalam karier One Championship selepas kecundang melalui keputusan juri kepada petarung Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat, Sabtu lalu.
"Saya pernah mengalami kekalahan sebelum ini dan ia merupakan sebahagian daripada proses kehidupan.
"Jangan menilai persembahan saya ketika saya peroleh kemenangan. Semua orang perlu menyaksikan kebangkitan saya selepas ini," kata atlet berusia 17 tahun itu.