Skip to main content

Bola Sepak

"Tak dapat RM5 juta, bagi RM3 juta pun tak mengapa" -- Subahan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

datuk-subahan.jpg
Selepas tujuh bulan bergerak tanpa sebarang bantuan kewangan, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) sekali lagi memohon kerajaan negeri agar sudi memberikan dana RM5 juta kepada skuad The Red Giants untuk mengharungi saingan Liga Malaysia sehingga hujung musim ini.

Ini pertama kali FAS menyuarakan hasrat terbabit sejak pertelingkahan dengan Kerajaan Selangor berhubung isu penswastaan pasukan pada awal musim ini.

Presiden FAS, Datuk Seri Subahan Kamal, berharap kecemerlangan yang ditampilkan pasukan setakat ini diberi pengiktirafan.

"Kami dalam proses untuk menurunkan perbelanjaan kepada RM15 juta. Saya telah berbuih mulut memaklumkan bahawa kami berusaha mencari RM10 juta tetapi kami mengharapkan bantuan bagi baki RM5 juta.

"Kalau kata tidak dapat RM5 juta, bagi RM3 juta pun tidak mengapa.Takkanlah kerana individu tertentu tidak menjadi presiden, maka kami tidak mendapat satu sen pun, itu tidak adil," katanya.

Menduduki tangga keempat Liga Super serta belum tewas dalam kempen Piala Malaysia, Subahan berasakan kerajaan negeri wajar memberikan suntikan kewangan terhadap kantung FAS.

Bukan sekadar bantuan dana, Subahan juga berharap kerajaan negeri memberi kelonggaran buat Selangor beraksi di Stadium Shah Alam dan menggunakan Kompleks Sukan FAS di Seksyen U15, Shah Alam sebagai gelanggang latihan rasmi pasukan.

"Sepatutnya segala dokumen dan perjanjian seharusnya dikembalikan kepada kami. Sewajarnya segalanya perlu diserahkan semula kepada kami.

"Macam orang menumpang rumah, selepas keluar tetapi kunci masih dipegang. Bagi baliklah kepada kami.

"Semua ini bukan untuk kami tetapi supaya pemain mendapat tempat untuk berlatih," tambahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video