Skip to main content

Bola Sepak

Tak batal jemputan, Quaresma tetap jadi ke Kedah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

quaresma1.jpg

Bintang Portugal, Ricardo Quaresma, tetap menunaikan janjinya terhadap peminat bola sepak Kedah untuk bertandang ke Stadium Darulaman sebagai jemputan eksklusif, 3 Mei ini. 

Sebelum ini, bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo itu membuat permohonan maaf apabila terpaksa menangguhkan hasrat bertemu penyokong Sang Kenari ekoran menemani saudaranya yang terlantar di sebuah hospital, baru-baru ini. 

Menurut kemas kini laman rasmi Kedah, pemenang Euro 2016 itu akan memenuhi semula hasrat tersebut selepas rombakan jadual yang berlaku menyaksikan Quaresma tetap hadir ke perlawanan persahabatan yang diadakan di antara pilihan All Star Kedah menentang pilihan All Star Malaysia, sekali gus merasmikan inisiatif terbaru kelab tersebut iaitu Majlis Pengumuman Duta The Wing.




Ia merupakan langkah terbaru Sang Kenari yang dianggap satu program keahlian bersama kelab yang melantik figura terkemuka dunia itu selaku salah seorang duta rasmi kelab.

Perlawanan anjuran Kedah dan Malaysia Museum Football itu turut bakal menampilkan barisan bekas pemain negara dan Sang Kenari yang cukup dikenali satu ketika dahulu.

Advertisement

Must Watch Video