Skip to main content

Bola Sepak

Tahniah Baim -- Ibrahim Manusi dari Sungai Buloh ke JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

manusi.jpg
Sri Pahang berkongsikan perjalanan bekas jeneral tengah pasukan iaitu Ibrahim Manusi yang bermula bersama skuad Piala Presiden Tok Gajah hingga ke pasukan senior.

Pemain berusia 23 tahun itu diumumkan sebagai pemain baru Johor Darul Ta'zim selepas mampamerkan aksi luar biasa Ketika membantu skuad kendalian Fandi Ahmad bergelar naib juara Piala Malaysia 2024/25.

Malah, Ibrahim juga merupakan produk Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Bandar Penawar dan kini dia kembali semula ke bumi Johor untuk menabur bakti.





"Ibrahim Manusi anak kelahiran Sungai Buloh  yang memulakan karier bolasepak profesional bersama skuad presiden Sri Pahang FC pada tahun 2021 kemudian bakatnya digilap untuk bersama skuad Piala MFL sebelum menambat hati ketua jurulatih skuad senior dengan aksi yang memberangsangkan. 

"29 penampilan bersama skuad senior membuktikan pemain berusia 23 tahun ini mampu mengorak langkah lebih luas dengan menerima tawaran daripada pasukan Johor Darul Takzim. Tahniah buat Baim. Where Legends Are Born." katanya menerusi laman Facebook.





 

Advertisement

Must Watch Video