BOLA SEPAK

Tahan sepakan penalti dengan dada, remaja berusia 16 tahun meninggal dunia

Ammar Hakim 24/01/2025 | 14:25 MYT
Penjaga gol berusia 16 tahun dari dari Brazil, Edson Lopes, rebah dengan tragis dan menghembuskan nafas terakhir selepas menyelamatkan sepakan penalti dengan dadanya semasa sesi latihan.
Video dari sesi itu menunjukkan Lopes berani menyekat penalti dengan dadanya pada 5 Januari. Namun sejurus selepas tindakannya, dia rebah di atas padang.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anggota kecemasan membawanya ke hospital, tetapi perjalanan itu dilaporkan mengambil masa kira-kira 11 jam dan dia meninggal dunia dalam perjalanan, menurut The Sun.
Kematian mengejut Lopes telah menyebabkan keluarganya, rakan-rakan, dan masyarakat tempatan terkejut. Ahli keluarga memakai jersi Gremio, pasukan kegemaran Lopes sambil membawa kerandanya.
#bola sepak #Brazil
;