Skip to main content

Bola Sepak

Tabung Solidariti Bersama Selangor FC kumpul RM66,252.02 setakat jam 11 pagi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tabung-selangor-fc.jpg
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, akan menyerahkan kutipan Tabung Solidariti Bersama Kelab Bola Sepak Selangor (Selangor FC) di Bilik Gerakan Majlis Tindakan Ekonomi Selangor, hari ini. 

Tabung solidariti itu sebelum ini dilancarkan kerajaan negeri menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) bermula 26 Jun lalu dan kutipan menerusi tabung berkenaan akan ditamatkan pada jam 11.59 malam ini.

Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd Najwan Halimi, memaklumkan jumlah sumbangan diterima untuk Tabung Solidariti Bersama Selangor FC setakat jam 11 pagi tadi adalah RM66,252.02.





"Terima kasih kepada semua penyumbang dari seluruh negara yang telah menzahirkan sokongan dan solidariti kepada pasukan Selangor FC.

"Tabung solidariti ini akan ditutup pada jam 11.59 malam ini dan serahan sumbangan kepada pihak Selangor FC akan disempurnakan pada 3 Julai oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari," ujarnya dalam satu kenyataan sebentar tadi. 

Tambahnya, kepada yang masih berhasrat untuk menyumbang RM1 sebagai tanda solidariti kepada pasukan Selangor FC, boleh scan kod QR yang dipaparkan dalam info grafik disediakan di laman Facebook MSNS.

Kredit: Sinar Harian 
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video