Dia memenangi 11 trofi utama sepanjang kerjayanya di England dan Itali selain membuat 84 penampilan untuk Poland apabila beraksi bermain dalam tujuh kejohanan utama.
Szczesny bersepakat untuk menamatkan kontraknya dengan Juventus awal bulan ini berikutan kegagalan rundingannya ke kelab Liga Pro Saudi, Al-Nassr.
Penjaga gol itu menyertai Arsenal ketika berusia 16 tahun pada 2006 dengan membuat 181 penampilan pasukan utama dan memenangi dua trofi Piala FA iaitu pada 2014 dan 2015.
Selepas menghabiskan dua musim secara pinjaman di Roma, dia kemudian menyertai Juventus pada 2017 dan memenangi lapan trofi utama, termasuk tiga kejuaraan Serie A.