Perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) sebagai usaha menyokong pembangunan semula sukan bola sepak di ibu kota.
Pengumuman itu dibuat ketika dia berucap di Majlis Sambutan Jubli Emas 50 tahun KLFA yang berlangsung di Bangsar semalam.
Dia berkongsikan Pihak Kerajaan sentiasa menggalakkan pembangunan bola sepak yang disifatkan sebagai sukan rakyat, namun menegaskan penambahbaikan prasarana menjadi aspek utama dalam memajukan sukan itu.
Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan jersi musim baru Kuala Lumpur City serta logo baru ‘The City Boys’ bagi saingan Liga Malaysia musim 2025/26.
Turut hadir adalah Menteri Komunikasi merangkap penaung KLFA, Datuk Fahmi Fadzil dan Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar.
"Sejurus tiba dari Terengganu, saya langsung hadir ke Majlis Makan Malam Gala Jubli Emas Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur malam ini. Ia tidak sekadar memenuhi undangan, tetapi sebagai isyarat jelas bahawa bola sepak—sebagai sukan rakyat—wajar diangkat martabatnya ke tahap lebih membanggakan.
"Bola sepak bukan sekadar sukan permainan biasa, ia adalah medium perpaduan yang ampuh merentas kaum, agama dan latar belakang. Namun, kita mesti insaf bahawa budaya import seperti ‘hooliganism’ jangan dinormakan. Budaya sukan harus segar, sihat dan sarat nilai murni.
"Kerajaan akan terus mendukung pembangunan bola sepak tempatan, termasuk melalui kerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi mengarusperdanakan pembangunan bakat sejak usia muda.
"Prasarana mesti mencukupi, akademi mesti ditambah baik, dan saya telah maklumkan Menteri Wilayah serta pihak Bandaraya agar memainkan peranan sewajarnya. Justeru itu, Kerajaan menyalurkan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menyokong inisiatif pembangunan sukan di peringkat akar umbi.
"Saya hargai semangat kepimpinan Persatuan serta penaungnya dalam memartabatkan bola sepak tanah air. Kita angkat bola sepak bukan kerana sukan yang glamor tetapi kerana nilainya yang menyatukan rakyat dan mengharumkan nama negara." katanya.
Dalam pada itu, Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar, menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri di atas peruntukan yang diumumkan.
Dia menjelaskan bahawa dana itu akan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha memperkasakan sukan bola sepak di Kuala Lumpur.
"Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri atas sumbangan yang dimumkan, jadi RM1 juta berharga. Kami tidak minta tetapi dia menyumbangkan kepada KLFA.
"Saya tidak jangka, untuk KL City, dana dan penajaan sudah masuk. Terima kasih Fahmi Fadhil yang banyak membantu KLFA," tambahnya.