Skip to main content

Bola Sepak

Syazwan Zainon akur perlu prestasi tekal kembali barisi Harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syazwan-zainon.jpg
Tiada istilah tidak relevan oleh  pemain Kedah Darul Aman, Syazwan Zainon, yang terpinggir untuk membarisi Harimau Malaya sejak akhir-akhir ini.

Syazwan mengakui prestasi yo-yo menjadi punca dia bukan lagi pilihan utama Tan Cheng Hoe tapi masih yakin mampu membantu skuad negara andai diberikan peluang kedua.

"Persembahan saya pada ketika ini tidak menentu jadi saya harap selepas ini dapat buat yang lebih baik lagi.

"Saya tahu kadang-kadang mungkin prestasi saya dalam perlawanan sebelum ini OK tapi ketika bertemu Melaka United  tidak seperti yang diharapkan" katanya di Nadi Weekend sebentar tadi. 

Situasi Syazwan itu menyusuli kedudukan Baddrol Bakhtiar yang pada suatu ketika turut dikritik hebat ekoran gagal menyerlah dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M). 

Namun, dalam senarai kem kebangsaan ke Jordan kali ini, nama ketua pasukan itu kembali mendapat tempat sebaik muncul selaku penjaring tempatan terbaik musim 2021.

Justeru, tiada istilah mustahil buat Syazwan andai dia mampu menambat semula keyakinan Cheng Hoe sekali gus menganggap peluang untuk membantu negara masih ada ruang buatnya. 

"Kalau dipanggil atas dasar prestasi, saya mungkin akan pergi. 

"Tapi buat masa ini biar saya fokus kepada kelab."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video