Skip to main content

Bola Sepak

Syazwan mahu Kedah terus lakar kemenangan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

24717syazwanzainon.jpg
Pemain Kedah, Syazwan Zainon, berharap kemenangan pasukannya ke atas Pulau Pinang dapat mengembalikan rentak positif pasukan itu untuk kekal dalam cabaran Liga Super dan Piala Malaysia.

Tidak dinafikan persembahan Kedah kurang konsisten sejak kebelakangan ini.

Ketiadaan beberapa pemain yang mengikuti tugasan bersama skuad bawah 22 tahun negara juga menjadi antara faktor aksi turun naik itu.

Lantas, Syazwan beranggapan kemenangan ke atas Pulau Pinang kelmarin  menjadi detik kebangkitan semula skuad Lang Merah.

Dia memainkan peranan cukup baik dalam menjana bahagian tengah Kedah untuk menembusi kubu Pulau Pinang.

"Motivasi pemain-pemain meningkat selepas meraih kemenangan ini.

"Kekurangan tonggak utama yang dapat diturunkan serta jadual yang padat menggugat persembahan Kedah dan kami telah cuba yang terbaik," katanya.

Dalam pada itu, Syazwan tetap menginginkan Kedah berjuang sehabis mungkin dalam saingan Liga Super meskipun menyedari peluang untuk mengejar pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT), semakin sukar.

Jelas pemain kebangsaan ini, persembahan yang konsisten dalam saingan liga dapat membantu pemain untuk mengekalkan rentak bagi memastikan satu lagi misi, iaitu mempertahankan Piala Malaysia, dapat dilaksanakan.

"Kami cuba mencapai sasaran kami, kekal beraksi dalam Liga Super dan mempertahankan Piala Malaysia."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video