Skip to main content

Bola Sepak

Syazwan Andik sedia rebut tempat di Sri Pahang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syazwan-andik-sri-pahang.jpg
Pertahanan baru Sri Pahang FC, Syazwan Andik Mohd Ishak, sedia memberikan cabaran dalam saingan tiga penjuru merebut posisi pertahanan kiri menjelang perlawanan pertama Liga Super menentang Negeri Sembilan di Paroi hujung minggu ini.

Pemain yang mesra disapa dengan panggilan Pelo itu akan berdepan saingan sengit daripada Azwan Aripin dan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama memandangkan ketiga-tiga pemain itu memiliki kelebihan masing-masing.

"Dalam mana-mana pasukan akan ada persaingan kerana semua mahu memberikan yang terbaik," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Saya hanya perlu fokus dan memberikan 100 peratus dalam latihan. Keputusan semua terpulang kepada jurulatih.

"Saya yakin saya mampu untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama," katanya.

Syazwan menyertai Melaka United secara pinjaman daripada Johor Darul Ta'zim (JDT) musim lalu sebelum dipinjamkan kepada Sri Pahang musim ini.

Sememangnya pengalaman pahit bersama Melaka United melibatkan tunggakan gaji masih menghantui bekas tonggak utama skuad B-23 negara itu.

"Memang terkesan kerana ramai pemain tidak menerima gaji lima hingga enam bulan.

"Kami masih belum menerima sebarang berita sehingga sekarang.

"Tetapi kini sudah tahun yang berbeza, jadi saya perlu memandang ke depan untuk menghadapi musim baru dan melakukan yang lebih baik," katanya lagi.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video