Pemain pertahanan, Syazwan Andik Ishak, tidak mempunyai sebarang masalah untuk bersaing merebut posisi utama pertahanan kiri di Sri Pahang FC dengan rakan sepasukan, Azwan Aripin.
'Pelo' turut berharap dapat tampil lebih kerap bersama Tok Gajah musim ini di samping bertekad meneruskan aksi tekal.
Pelo percaya, skuad kendalian Fandi Ahmad itu akan lebih garang musim ini dengan kemasukan beberapa muka baru.
"Saya selesa walaupun diberi bermacam-macam posisi pada musim lepas.
"Saya kena terus memenangi kepercayaan kepada jurulatih. Saya akan berikan saingan yang sihat dan bersedia merebut kesebelasan utama pada musim ini.
"Saya harap dapat banyak minit permainan dan terus konsisten dalam setiap perlawanan.
"Saya percaya Sri Pahang mampu berikan saingan mencapai kedudukan yang lebih baik berbanding musim lalu," katanya yang membuat 21 penampilan Liga Super 2023.
Pemain berusia 27 tahun itu telah beraksi dalam 26 perlawanan bersama Sri Pahang untuk semua kejohanan musim lalu.