Skip to main content

Bola Sepak

Syazwan akui kekok dengan norma baru

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syazwan-zainon.jpg
Pemain tengah Selangor, Syazwan Zainon, mengakui kekok untuk mengadaptasi norma baru menjelang kebenaran untuk pasukannya kembali ke padang latihan diluluskan. 

Cara latihan norma baru itu perlu segera diaplikasikan semua pemain yang sedang menunggu perkhabaran mengenai penyambungan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Syazwan sememangnya tidak sabar untuk kembali kepada tugasan hakikinya tetapi berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) baru yang perlu dipatuhi selepas ini, ia merupakan sesuatu yang berbeza buatnya.

"Saya tidak dapat bayangkan (cara latihan), mungkin jurulatih ada cara tersendiri," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom.

"Mungkin juga dengan menggunakan peralatan gimnasium dengan jarak selamat.

"Memang terasa macam pelik sebab sebelum ini, kalau waktu seperti ini, kami sudah berada di padang dan ada perlawanan pada hujung minggu.

"Tetapi apabila benda ini berlaku (pandemik Covid-19), kami hanya duduk di rumah sahaja dan hanya menjalani latihan sendirian.

"Jadi, ia berasa janggal jugalah," katanya.

Tambahnya, setiap pemain perlu membiasakan diri dengan SOP baru itu memandangkan kredibiliti sebagai seorang pemain bola sepak profesional bukan diukur di atas padang semata-mata.

"Daripada segi kecergasan, saya tidak risau kerana kebanyakan pemain melakukan latihan kecergasan sendiri.

"Tetapi daripada segi prestasi, mungkin terjejas jugalah kerana kami sudah lama tidak menyentuh bola," tambahnya.

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video