Skip to main content

Bola Sepak

Syamer mahu bawa mentaliti JDT ke Penang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syamer-kutty-abba.jpg
Tonggak tengah baru Penang, Syamer Kutty Abba, mahu menjadikan mentaliti juara yang dipupuk bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai pegangan untuk mengharungi cabaran baru bersama Harimau Kumbang musim ini.

Menyertai skuad Haria Penang Haria itu secara pinjaman dari Harimau Selatan, anak jati Pulau Pinang berkenaan turut menyedari harapan tinggi yang diletakkan penyokong atas kepulangannya.



"Secara jujurnya, apabila saya kembali ke sini, saya perlu bermula semula dari bawah," katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Kerana saya tahu di sinilah tempat bermula segalanya buat saya. Saya membesar di sini selaku penyokong Penang sejak kecil lagi.

"Jadi saya mahu meningkat dalam setiap perlawanan, saya mahu bermain setiap minit.

"Saya tahu apabila saya datang ke sini, bukannya saya boleh bermain sesuka hati saya.

"Saya perlu membuktikannya di atas padang, saya perlu mematangkan permainan saya daripada segi kekurangan yang saya ada sebelum ini.

"Perkara paling utama ialah saya harap penyokong dapat kembali memenuhkan stadium seperti zaman saya kecil dahulu.

"Kerana kita semua tahu penyokong Penang agak kurang sejak kebelakangan ini dan saya harap penyokong dapat berada di belakang kami untuk kami pergi jauh tahun ini," katanya.

Mengulas mengenai perubahan yang akan dilaluinya, Syamer menambah: "Semestinya akan ada perbezaan tetapi ia bukan satu masalah kerana saya bermula di sini.

"Ketika saya di JDT, sudah pasti ia satu keistimewaan untuk berada di kelab yang memupuk mentaliti yang baik dalam memenangi setiap perlawanan.

"Saya harap dapat membawa perkara itu ke dalam pasukan ini juga dan dapat memberikan yang terbaik dalam setiap perlawanan untuk penyokong."

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video