Skip to main content

Bola Sepak

Syahmi Safari kembali ke Pusat Latihan JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syanmi.jpg
Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Syahmi Safari, dilihat sudah kembali ke gim bagi menjalani latihan ringan di Pusat Latihan JDT, Padang Seri Gelam, sebentar tadi.

Dia melakukan perkongsian itu menerusi Story Instagram hari ini dengan pemain berusia 27 tahun itu terpaksa melupakan saingan Liga Super 2024/25 apabila mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).




Malah, sebelum ini dia sedang menerima rawatan di Sepanyol selepas mengalami kecederaan serius ketika beraksi dalam saingan Liga Super 2024/2025 dalam aksi berdepan Penang.

Syahmi yang memiliki 26 kaps bersama pasukan kebangsaan itu, terpaksa melupakan seketika dunia bola sepak bagi memberikan ruang buat menjalani tempoh pemulihannya.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video