Skip to main content

Bola Sepak

Syahmi Safari anggap JDT pasukan sempurna

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

syahmi-safari.jpg
Pertahanan sayap negara, Syahmi Safari, menganggap perpindahannya ke Johor Darul Ta'zim (JDT) daripada Selangor FC sebagai sesuatu yang sempurna.

Ia secara tidak langsung menggambarkan pasukan juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu sebagai kelab terbesar di Malaysia.

Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Syahmi turut berkongsikan persaingan yang sedang dihadapinya bagi merebut posisi pertahanan kanan dalam skuad bimbingan Benjamin Mora itu.

"Satu perkataan yang boleh saya cakap tentang JDT adalah sempurna. Hanya itulah yang boleh saya katakan.

"Semua sedia maklum yang JDT memang sempurna daripada segi fasiliti, pemain yang berada di sini, sikap profesional. Setiap pemain pasti mengimpikan untuk berada dalam pasukan JDT.

"Tiada sesiapa yang 'meracun' saya untuk berada di sini tetapi ia (tawaran) memang daripada pasukan JDT sendiri.

"Saya juga ada bertanya kepada rakan-rakan yang berada di sini dan rasanya, saya telah membuat keputusan terbaik untuk berada di sini.

"Saya sedar persaingan dalam pasukan JDT dan apabila saya diumumkan sebagai pemain JDT juga memang banyak kecaman negatif daripada 'netizen'.

"Tetapi sesuatu yang saya boleh ambil daripada perkara itu adalah saya perlu keluar daripada zon selesa saya bersama Selangor untuk mencari cabaran yang lebih tinggi bagi meningkatkan prestasi saya," katanya.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video