LIGA SUPER MSIA

Syafiq Ahmad kembali, Arif Aiman tiada dalam senarai

23/05/2024 | 09:12 MYT
Nama Arif Aiman Hanapi tiada dalam senarai Harimau Malaya untuk menghadapi baki perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebentar tadi mengumumkan senarai 26 pemain ke kem latihan pusat bagi menghadapi Kyrgyzstan di tempat lawan dan Chinese Taipei di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 6 dan 11 Jun depan.
Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon, mengekalkan 16 daripada 24 pemain daripada aksi bertemu Oman Mac lalu.
Dalam masa sama, Syafiq Ahmad yang kali terakhir turun bertemu Thailand dalam kelayakan Piala Dunia, kira-kira tiga tahun lalu mendapat tempat.
Johor Darul Ta'zim (JDT) melepaskan paling ramai pemain iaitu enam tonggak diikuti Kuala Lumpur City seramai lima pemain.
Adib Ra’op (Penang FC) dan Engku Shakir Engku Yacob (Terengganu FC) antara muka baru yang akan menjadi pertaruhan dalam skuad kebangsaan kali ini.
#FAM #Harimau Malaya
;