Milan membenarkan pemain sayap Sepanyol, Suso, untuk dipinjamkan selama 18 bulan kepada Sevilla, yang wajib membelinya sekiranya berjaya memenuhi tuntutan tertentu ketika beraksi di sana.
Suso, 26, menyertai Rossoneri daripada Liverpool pada 2015 dan kerap mewarnai skuad utama sejak tiga setengah tahun lalu.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu telah beraksi dalam 16 daripada 21 perlawanan Serie A musim ini dengan menjaringkan satu gol, termasuk mencipta dua bantuan jaringan.
Milan dikatakan meletakkan tanda harga €40 juta (RM180j) ke atasnya dalam pra-musim lalu tetapi prestasi kurang memberangsangkan sejak awal musim ini membolehkannya berkelana ke Sevilla dengan yuran €25j (RM112.5j).
Perpindahan itu menyaksikan Suso bakal bersatu semula dengan Julen Lopetegui, pengurus yang telah memberikan peluang pertama kepada bekas pemain remaja wilayah Cadiz itu di Sepanyol selain pernah bekerjasama dengannya dalam skuad belia La Roja.
Suso dijangka perlu bersaing dengan Nolito, Lucas Ocampos, Rony Lopes dan Munir El Haddadi untuk perebutan tempat kesebelasan utama selepas Sevilla cemerlang menduduki tempat ketiga LaLiga dengan 38 mata, lima mata di belakang Barcelona.
Editor: Shaiful Shamsudin