Supermokh 2024: Buriram 'not my level', Akademi JDT muncul juara!
Ammar Hakim
November 18, 2024 18:49 MYT
November 18, 2024 18:49 MYT
Akademi Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul juara Piala Supermokh 2024 bagi kategori bawah 14 tahun selepas membenam juara bertahan, Buriram United dengan keputusan 2-1.
Perlawanan yang cukup sengit menampilkan JDT mendahului selesa dengan dua jaringan sebelum Buriram cuba bangkit menyamai kedudukan susulan sepakan penalti berjaya dihasilkan pada hujung separuh masa kedua.
“Not my level to fight with them, kami datang dengan mentaliti CHAMPION” Akademi JDT U-14 juara Supermokh Cup 2024, benam Buriram United 2-1 petang tadi.@ASTROARENA pic.twitter.com/tNGAiMduPH
— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) November 18, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kemenangan pertama buat akademi JDT itu memuaskan hati ketua jurulatih, Rodolfo Pereda Villa terhadap prestasi anak buahnya sepanjang kempen kejohanan walaupun perlu menghadapi beberapa cabaran.
Kurang kejohanan sepanjang tahun menjadi cabaran utama buat Villa mengesan tahap kemampuan sebenar pasukan bimbingannya.