Pemain Inter dijangka akan diberi "hadiah" daripada presiden kelab, Steven Zhang, selepas kejayaan dramatik Supercoppa Italiana 2-1 ke atas Juventus, menurut jurulatih Simone Inzaghi.
Nerazzurri menjulang piala pertama musim Itali lewat pada masa tambahan, dengan Alexis Sanchez menjaringkan gol penentuan.
Weston McKennie sebelum ini memberikan Juve pendahuluan, sebelum sepakan penalti Lautaro Martinez kembali mengikat kedudukan.
Kedudukan kekal sama sepanjang separuh masa kedua dan selama 30 minit masa tambahan.
Sehinggalah kesilapan Alex Sandro membenarkan Matteo Darmian untuk melakukan lorongan buat Sanchez, yang menyumbat masuk bola sekaligus mencetus suasana meriah di San Siro.
Ia memastikan Inzaghi menjadi jurulatih pertama mengatasi Juventus dalma tiga aksi final (sejak 1929-30).
Inzaghi bercakap sebentar selepas perlawanan sebelum menghantar pembantunya ke sidang akhbar kerana kehilangan suaranya, mendedahkan apa yang telah diberitahu oleh presiden Zhang kepada pemain selepas itu.
"Dia [Zhang] sangat gembira," kata Inzaghi kepada Mediaset. “Dia berjaya menyatupadukan pasukan ini dan memuji usaha kami.
"Pemain-pemain telah membalas kepercayaan yang telah diberikan, mereka mahukan hadiah dan saya rasa presiden akan memberikannya."

6 - #Inter have won their 6th Italian Super Cup, behind only Juventus (nine) and AC Milan (seven) - they lifted the trophy for the first time since 2010. Return.#InterJuve #InterVsJuveFinal #SupercoppaFrecciarossa pic.twitter.com/6165kJrlyJ
— OptaPaolo ? (@OptaPaolo) January 12, 2022