Skip to main content

Bola Sepak

Supercoppa Italiana: Inter pertahan gelaran atasi Milan di Riyadh

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

inters-players-celebrate.jpg
AC MILAN 0 INTER MILAN 3

Inter Milan mempertahankan gelaran Supercoppa Italiana dengan kemenangan selesa 3-0 ke atas seteru tradisi, AC Milan, di Stadium Antarabangsa King Fahd awal pagi tadi.

Pasukan bimbingan Simone Inzaghi itu jelas berada di prestasi yang lebih baik berbanding Milan sejak berakhirnya waktu rehat Piala Dunia Qatar lalu dan ia dibuktikan dengan aksi bertenaga mereka di Riyadh untuk mendahului 2-0 dalam tempoh 21 minit pertama.

Federico Dimarco membuka jaringan susulan satu gerakan sepasukan menarik pada minit ke-10 sebelum Edin Dzeko, yang memainkan peranan penting sewaktu gol pembukaan berkenaan, menggandakan kelebihan Inter berselang 11 minit.

Pemenang Coppa Italia musim lalu itu menambah gol ketiga menerusi sentuhan Lautaro Martinez pada minit ke-77, sekali gus memenangi gelaran Supercoppa ketujuh dan menyamai rekod Milan di tangga kedua senarai pemenang terbanyak di belakang Juventus (sembilan).



 

Advertisement

Must Watch Video