LA LIGA
Supercopa de Espana: Ronald Araujo fokus Barcelona di sebalik jadi buruan Arsenal, Juventus
Pengurus Barcelona, Hansi Flick, memuji kecekalan Ronald Araujo menjelang final Supercopa de Espana, awal pagi esok, di sebalik desas-desus mengenai masa depan membabitkan pertahanan yang kembali cergas itu.
Barca, kelab paling berjaya dalam sejarah Supercopa dengan 14 gelaran, sedang bersiap sedia untuk bertemu saingan Real Madrid dalam perlawanan di Arab Saudi yang merupakan El Clasico kedua musim ini.
Blaugrana akan bergantung kepada pemain antarabangsa Uruguay itu yang baru-baru ini kembali beraksi selepas berehat lima bulan akibat kecederaan hamstring.
Iklan
Bagaimanapun, dengan Barca masih bergelut untuk memenuhi peraturan had gaji ketat yang ditetapkan LaLiga, laporan telah mencadangkan Araujo mungkin dilepaskan dengan Arsenal dan Juventus dikatakan berminat.
Bercakap dalam sidang media praperlawanan, Flick berkata mengenai Araujo: "Ronald kembali lebih kuat daripada sebelumnya.
"Dia pilihan yang sangat baik untuk kami, sangat profesional dan bersedia untuk beraksi
"Saya tidak mempedulikan khabar angin itu. Saya hanya gembira untuk memilikinya di sisi saya.
"Saya telah memberitahu pasukan, 'hanya ada bunyi di luar, anda perlu kental dan bertabah'. Kami mengharungi satu musim yang hebat, kami telah melakukannya dengan baik secara umumnya.
"Kami perlu fokus. Kami telah bermain dengan baik untuk kelab dan kami boleh melakukan yang lebih baik lagi.
"Saya tahu apa yang kami idamkan."
Must-Watch Video