Skip to main content

Bola Sepak

Supercopa de Espana: Real Madrid tentukan kejuaraan bertemu Barcelona

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

realmadrid.jpg
Real Madrid akan menentang Barcelona dalam perlawanan akhir Supercopa de Espana selepas menewaskan Mallorca 3-0, awal pagi tadi.

Berbekalkan penguasaan penuh sebanyak 65 peratus, juara Piala Liga Juara-Juara Eropah (UCL) itu memecahkan kebuntuan pada minit ke-63 menerusi Jude Bellingham yang melepaskan rembatan melepasi empat pertahanan untuk memberi kelebihan pertama di Pusat Sukan King Abdullah.

Memasuki masa tambahan, Martin Valjent menyumbat gol sendiri, sekali gus terus meletakkan Los Blancos di depan pada minit ke-92.

 

Tidak cukup dengan itu, giliran pemain kebangsaan Brazil, Rodrygo, menambah kekecewaan Mallorca yang menyaksikan dia menyudahkan hantaran Lucas Vazquez untuk menghidupkan harapan pasukan Carlo Ancelloti untuk merangkul kejuaaran ke-14 Ahad ini.


 

Advertisement

Must Watch Video