BOLA SEPAK MSIA
Sultan Selangor gesa pihak berkuasa segera noktahkan kes simbah asid Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menggesa pihak berkuasa segera mengenal pasti pelaku serta menoktahkan kes pemain Selangor, Faisal Halim, disimbah asid pada Mei lalu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini menjelaskan tidak pernah menghentikan siasatan membabitkan insiden itu serta berusaha untuk mencari maklumat baru untuk membantu siasatan.
Terdahulu, seramai 23 individu sudah diambil keterangan serta menahan tiga suspek bagi membantu siasatan insiden itu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Dengan media sosial dan teknologi moden, anda tidak boleh menyembunyikan apa apa. Saya mengikuti kes ini di DUN dan berharap perkara ini dapat diselesaikan segera.
"Ini adalah kes yang jelas dan insiden itu telah memusnahkan kehidupan Muhammad Faisal." kata baginda seperti yang dilaporkan sebuah media tempatan.