Skip to main content

Bola Sepak

Sulaiman tekad perbaiki serangan UKM FC

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sulaiman-hussein.jpg
Jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin, mengakui perlu mencari formula untuk mengatasi kelemahan penyerangnya selepas seri 0-0 dengan Terengganu FC (TFC) II, kelmarin.

Walaupun berpuas hati dengan satu mata, bekas pemain Kuala Lumpur era 90-an itu berkata UKM FC seharusnya memenangi aksi di Kuala Terengganu itu.

Ketumpulan jentera serangan yang diketuai Michael Ijezie gagal meledak, malah penggempur Nigeria itu masih belum menemui sentuhan jaringan selepas empat perlawanan.

"Kami menguasai permainan dan seperti kekalahan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) II dan Kelantan sebelum ini, banyak peluang tidak disudahkan.

"Kalau bahagian serangan tidak diperbaiki sekarang, kami akan berdepan masalah selepas ini," jelas Sulaiman.

Selepas menewaskan Perlis 2-1 dalam aksi pembukaan, UKM FC tumpas dalam dua perlawanan berikutnya, iaitu kepada JDT II (1-2) dan Kelantan (0-1).

Skuad The Varsity Boys itu kini berada di kedudukan kelapan Liga Perdana dengan empat mata dan akan menerima kunjungan Sarawak, hujung minggu ini.

Advertisement

Must Watch Video