Skip to main content

Bola Sepak

Sulaiman mahu UKM atasi Terengganu II

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sulaiman.jpg
Pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin, mahu anak buahnya bangkit mencatat kemenangan ke atas Terengganu II dalam saingan Liga Perdana selepas tujuh pertemuan di antara kedua-dua pasukan sebelum ini memihak lawan. 

Rekod perlawanan menyaksikan UKM hanya mampu memperoleh keputusan empat kali tewas dan seri tiga kali seri dengan Terengganu II sejak musim lalu, namun kali ini dia berazam mahu memastikan kemenangan berpihak kepada pasukannya di laman sendiri.

Bagi jurulatih itu, baki empat saingan perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk cuba mengutip mata maksimum dalam misi memburu slot Piala Malaysia musim ini.

Keyakinan itu hadir apabila persaingan dan pencabar lain amat rapat dalam kalangan sembilan pasukan teratas.

"Kami menyedari rekod pasukan berdepan Terengganu II. UKM akan berusaha untuk melakar kemenangan untuk memastikan layak ke Piala Malaysia," katanya.

Sementara itu, Sulaiman mengesahkan hanya dua pemain, Wan Muhammad Afiq dan Rafizi Hamdan, terpaksa diketepikan ekoran digantung perlawanan dan masalah peribadi tetapi ia tidak akan menjejaskan permainan mereka.

"Saya berharap pemain-pemain dapat meneruskan momentum seperti perlawanan sebelum ini. Pasukan yang meledak gol mampu memiliki kelebihan untuk meraih kemenangan."

Advertisement

Must Watch Video