Skip to main content

Bola Sepak

Sulaiman mahu perbaiki kelemahan jentera serangan UKM

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sulaiman.jpg
Ketua jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin, mahu mengkaji semula beberapa kelemahan jentera serangan meskipun berjaya membenam skuad PDRM 1-0 semalam.

Walaupun berpuas hati dengan tiga mata yang diraih di tempat lawan, Sulaiman menjelaskan UKM mampu meledak lebih jaringan selepas dihidangkan beberapa peluang yang gagal dimanfaatkan.

Jentera serangan yang diketuai oleh Michael Chukwubunna masih belum mencapai tahap yang diharapkan, namun Sulaiman percaya barisan pemainnya kini di landasan tepat mencapai tahap permainan yang lebih tinggi.

"Kombinasi permainan dalam kalangan pemain ketika menyerang masih belum berada di tahap yang baik. Kami akan berusaha untuk mempertingkatkannya menjelang aksi seterusnya," katanya.

Skuad UKM kini berada di kedudukan ketujuh Liga Perdana dengan empat mata dan akan menerima kunjungan Negeri Sembilan dalam aksi ketujuh liga, bulan depan.

Sulaiman juga berharap pasukannya berupaya menyerlahkan aksi lebih konsisten selepas ini.

Advertisement

Must Watch Video