Skip to main content

Bola Sepak

Sulaiman lega Faiz, Asnan hampir bebas kecederaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sulaiman.jpg
Pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin, lega apabila dua tonggak utama, Asnan Ahmad dan Faiz Hanif Adnan, semakin pulih daripada kecederaan untuk kembali memperkuatkan pasukan menjelang aksi Liga Perdana berdepan PDRM, Sabtu ini.

Asnan selaku kapten pasukan belum pernah diturunkan dalam perlawanan setakat ini ekoran kecederaan lutut yang dialami sejak tahun lalu. 

Namun, khidmatnya berkemungkinan besar akan kembali ditagih Sabtu ini berdasarkan tahap kecergasan yang semakin memuaskan. 

Faizal, yang pernah menjaringkan gol ketika aksi pertama menentang Perlis bulan lalu pula, sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan hamstring untuk kembali mengemudi bahagian serangan bagi membantu pasukan meraih tiga mata. 

"Pemain-pemain yang mengisi kekosongan yang ditinggalkan tonggak utama pasukan telah bermain dengan baik dan kami menerima berita baik mereka akan kembali pulih sepenuhnya," katanya.

Apa yang pasti, Sulaiman mahu anak buahnya lebih serius untuk meraih tiga mata selepas hanya pernah menang sekali ke atas Sarawak tempoh hari tatkala kemenangan berdepan Perlis pula tidak dikira. 

"Saya telah memberitahu pemain-pemain bahawa pasukan telah kehilangan tiga mata berdepan Perlis. Kami mahu memastikan ia tidak menjejaskan prestasi bagi perlawanan akan datang."

Advertisement

Must Watch Video