Skip to main content

Bola Sepak

Suku akhir temukan Harimau Selatan, Tok Gajah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

piala-fa.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) akan berdepan naib juara musim lalu, Pahang, dalam suku akhir Piala FA 2018 selepas undian dijalankan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Aksi suku akhir lain bakal menemukan skuad yang kini terikat enam mata di kedudukan kelapan dan kesembilan Liga Super, Selangor dan Kuala Lumpur, sementara pasukan bimbingan Abu Bakar Fadzim, PKNP FC, akan  menentang satu-satunya wakil Liga Perdana, Felda United.

PKNS FC, yang kini dikendalikan oleh bekas ketua jurulatih kebangsaan, Datuk K. Rajagobal, akan melakukan perhitungan untuk merebut slot ke separuh akhir menentang Perak.

Perlawanan suku akhir pertama akan dilangsungkan pada 6,7 dan 8 April, sebelum aksi timbal balik pada 20,21 dan 22 April.


Kredit foto: Facebook Football Malaysia LLP

Advertisement

Jadual

warning-logo Tiada Maklumat Jadual

Must Watch Video