Wilayah Persekutuan merangkul ibu emas selepas menewaskan Melaka 2-1 dalam aksi penuh drama final bola sepak lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2024, di Stadium Mukah, sebentar tadi.

Pasukan yang dikemudi bekas pemain kebangsaan, Mohd Nidzam Yusoff itu terlebih dahulu membuka jaringan awal menerusi Muhamad Harith Imran Bin Hairee pada minit ke-18.

Begitupun, Mohamad Farish Bin Ainun Aswadi menghidupkan cabaran Melaka selapas menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-52, hasil sepakan cantik dari luar kotak untuk menewaskan penjaga gawang Wilayah Persekutuan, Abdul Afiq Hilman, untuk kedudukan terikat 1-1.

Tetapi tandukan padu Nu'man Hakim Bin Abdul Rahman pada minit ke-69 memastikan skuad dari Kota itu sekali lagi mendahului Melaka 2-1.

Melaka terpaksa bermain dengan 10 pemain dalam baki 20 minit perlawanan selepas Muhamad Haziq Bin Zamri menumbuk pemain Wilayah Persekutuan.




Begitupun, tindakan provokasi yang dilakukan pemain Melaka hanya memburukkan strategi kebangkitan pasukan itu sendiri untuk mencari jaringan penyamaan.

Kedudukan 2-1 kekal hingga wisel penamat utnuk memastikan ibu pingat menjadi milik Wilayah Persekutuan.