Skip to main content

Bola Sepak

Sukma MSN: Terengganu takluk ibu pingat selepas 12 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

sukma-msn-oyen-2022.jpg
TERENGGANU 2 PULAU PINANG 0

Terengganu mengakhiri penantian 12 tahun untuk kembali mengungguli bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) sebentar tadi. 


Terengganu yang berwaspada dengan ancaman Pulau Pinang di sebalik status 'underdog', dipaksa menyerap asakan skuad kendalian Akmal Rizal Rakhli. 

Namun, jaringan Safuwan Mazlan pada minit ke-24 menyentak semangat lawan untuk mula selesa mengatur permainan. 

Kedua-dua pasukan gagal mencuri kesempatan ketika beroleh beberapa peluang menarik tetapi Terengganu nyata lebih berbahaya menerusi larian deras Aqil Idham Bahari. 

Selepas dikecewakan dengan sentuhan terakhirnya, Aqil Idham kemudian menebus kehampaan itu biarpun percubaan awalnya di penghujung permainan diselamatkan penjaga gol, Azam Ramli.

Tetapi bola muntah itu menuju deras ke rakan sepasukan, Aidil Azuan, sebelum melantun masuk ke dalam gawang.

 

Advertisement

Must Watch Video